Cinta Antara Dua Insan

Cinta Antara Dua Insan
3rd year anniversary with full of love. untuk kisah sedih hati. click the image.

Aku tetap SETIA pada dia.

 Rabu, Mei 2

Okay.
kali ni aku memang di uji kesetiaan aku oleh Allah S.W.T
Dalam masa 1 hari,
2 orang meluahkan perasaan sayang dia pada aku,
Keduanya tahu perangai sebenar aku,
Watak aku.
Memang kenali keperibadian aku.
Mereka pun tau aku tidak single.
Tapi,
Alhamdulillah.
Even aku sayang diaorang sebab mereka rapat sngat ngn aku.
Tapi
Aku x tewas dalam memperjuangkan kesetiaan aku

Aku cuma harap kesetiaan aku ni tak kan disia-siakan
Selepas apa yang aku korbankan untuk dia..
Berharap sangat

Tapi kan,
Kata-kata luahan hati korang berdua smalam
kiut gila.
sweet doe,
Kalau hati tak kuat,,
Boleh tercaairr ouhh
Tapi,, Hati masih kuat, iman masih mantap..
Segalanya masih untuk Shahrul Azaddin..

InsyaALLAH..

Read more...

Aku semakin Hilang diri aku sendiri.

 Ahad, April 29

Mungkin betul kata orang,
Semakin banyak kita simpan dalam hati,
Kita semakin hilang punca dan kebaikan dalam hati,
Aku semakin hilang rasa keikhlasan,.

Macam apa yang Kakk cakap,
Zura,.
husband akak tu sebelum kawin dah banyak kali kantoi de pmpuan lain
Disebabkan sayang,
Akak sentiasa sabar dan mengalah,
Tapi, sampai bila...
sampai bila nak terus mengalah,
Akak fikir lepas kawin dia akan berubah.
Tapi ternyata, buaya tetap buaya
Akak bukan nak suruh zura pergi dari boyfren zura,
tapi..
berhati-hati
Akak xnak zura rasa apa akak rasa.
Ia terlalu sakit zura,
Akak hilang diri sendiri,
Sekarang ni, akaq da takde hati.
Tawar suda perasaan sayang, cinta dan kasih ..
Husband akak minta maaf air mata darah sekalipun,
Sikit pun hati akak tak tersentuh,
Dia yang wat akak jadi sekejam itu.

Zura.
Kekuatan seorang perempuan mmang dari kesabarannya,
Tapi kekuatan seorang lelaki memperbodohkan perempuan yang sabar,
Sekarang...
Zura kena bangun,
BERDIRI..
Dia bodoh kalau kehilangan zura,
Zura pulak takkan rugi pape,
sebab.. zura berpendidikan tinggi,.
Zura cantik
Zura perfect sayang..
u deserved to have better than him.
Dia akan menyesal hilang zura satu hari nnti kalau dia terus macam ni,
Dia akan sedar yang semua perempuan yang mendekati nya,
tidak seikhlas zura,
tapi hanya menginginkan sesuatu darinya.
Dia akan menyesal teramat bila kehilangan zura.
orang yang terima seadanya diri dia,
Sanggup berkorban segalanya untuk dia,.
Kesetiaan, Hati dan masa untuk dia.
Bila tiba waktu itu,
dia hanya mampu bersedih dan apa yang telah pergi takkan berulang kembali

Zura..
percayalah...
bila zura kehilangn dia,
Allah akan berikan zura yang lebih baik.
Kerana zura seorang gadis yang baik.
Zura sanggup membuang ego,,
sanggup berubah untuk menjadi lebih baik..
InsyaALLAH.,..

Tak guna zura menangis, menyiksa diri untuk dia.
Masih ramai yang ingin menghargai zura,
Zura mmg kasar,
tapi zura lurus, penyayang dan toleransi,

Lebih baik kehilangan sekarang,
dari kehilangan nanti..
sebab waktu akan datang,
perasaan sakit itu mungkin berubah menjadi benci yang mendalam
mungkin menjadi satu dendam
akak xnak zura jadi macam tu.

FIKIR LA.. renungkanlah,.
berdoa dan beristiqamah la,,
InsyaALLAH.

memang tidak salah memberi peluang,
tetapi bukan pada orang yang tidak reti memanfaatkannya.
Okay zura.,.,

kata-kata seorang kakak - Dedikasi buat aku.
#terima kasih kak.. sayang akak,,.

Read more...

Kesetiaan yang ku beri, penipuan yang ku terima.

 Rabu, April 25

Malam semalam,
Aku tak tahu kenapa mata tak dapat nak lelap.
Aku cuba untuk lelapkan mata,
sebab badan aku memang dah penat.
tapi mungkin Allah nak tunjukkan kebenarannya pada aku.
Aku terlintas untuk on fb.
Okay. Aku on.
Aku nampak Shah Online.
Aku chat ngan dia.
But, dia tak nak langsung reply.
Line sentiasa hijau.
tak hilang-hilang.

then, Neddy..
Fake acc kawan aku.
Chat ngan shah. n dia reply.
peh.. sakit nya hati ni.
Kalau sekadar chat aku tak kisah,
tapi,
Shah tidak mengaku punya kekasih.
Then, shah memanggil neddy sayang.

Ya Allah.
Aku terlalu sakit hati.
Apa yang aku baca rasa macam nak bunuh shah pun ada.
Tapi, kerana sayang,
aku tetap bersabar..

Aku cuba mendengar explanation dia.
Tapi, semua explanationnya semua tak logik,
tapi aku tetap mendiamkan diri.
Aku dulu asalnya bukan aku yang sekarang.
Siapa tak kenal dengan aku.
MaizurahHumairah..
Players perempuan kat JB.
Alasan tuh semua aku dah pernah pakai dulu.
Bila kantoi, aku akan kalis dan cuba menyalahkan kekasih aku
konon nya dia tak mempercayai aku.

Sayang,
Kau tak tahu tentang sejarah silam aku
Kau cuba bermain dengan aku.
Adakah kau inginkan aku tunjukkan kau,
siapa aku dulu,
Perempuan yang pentingkan diri dan tak kan pernah peduli tentang erti KESETIAAN
Adakah itu yang kau mahukan?

Bila aku sedih sekarang ni,
semua orang tahu aku sedih kerana kau,
Mereka mengatakan kau "bodoh"
punya perempuan yang ikhlas dan menghargai kau.
tp kau xnak hargai..
Jangan menyesali kehilangan seorang gadis yang tulus
doa mereka buat kau shah.

Aku akan memaafkan kau kali ini,
Tapi, sekali lagi ia terjadi,
Aku mungkin akan teruskan,
tetapi adakah aku ikhlas,
Itu aku tak yakin.
Aku bukan boneka yang tiada hati dan perasaan.
Hati aku kecewa mungkin yang tak dapat dipulihkan lagi bila kau ulangi lagi kesilapan ini
Aku tetap berdoa agar kau tetap bersamaku dan mengubah dirimu..
InsyaALLAH.
kau akan berubah.
aku yakin kau mampu...

Read more...

HARGAILAH DIRI AKU NI SAYANG

B..

bby dah x tau da nak wat apa untuk hubungan ni.
I already put all my afford supaya hubungan ni indah cam orang lain.
Bby cuba untuk berubah demi b.
Tapi, apa b buat.
B x pedulik sikit pun perasaan Bby.
B tetap ngan ego b.
Bby bukan nak ungkit segalanya, 
sbb apa bby wat ni sume ikhlas dengan hati.
tapi B.
bby ada perasaan jugak.
Bby bukan patung cendana yang hanya melihat segalanya 
tanpa sedikit perasaan pun.
B..
Kalau kau pernah terluka dulu...
Dan kau ingin membalas segalanya,
Bukan pada aku.
Aku x bersalah.

Sayang, 
3 bulan usia hubungan ni.
Ingin sekali aku bertanya?
Atas dasar apakah hubungan ini bagimu?
Aku mungkin baru menggunakan blackberry .
Tapi aku tidakk bodoh untuk terus duduk diam dan dengar apa pun yang kau katakan.
Aku mengkaji apa yang mampu blackberry ini buat.

Yaa.. Blackberry memang xbole apply In relationship for fb, 
tp, blackberry bole approve In relationship yang dibuat.
Buktinya, 
Aku da pun mencuba nya.
Apatah lagi kau ada iphone.
Tolong lah sayang.
Aku merayu kali ni.
Berubah lah.
Untuk diri kau sendiri, untuk aku, dan untuk hubungan kita.

Andai kau tidak punya hati untuk hubungan ni,
Katakan padaku,
jangan kau terus menyiksaku dengan kelakuanmu,
kau membiarkan aku menarik segalanya sendirian,
aku penat B,
aku hampir berputus asa, 
tapi janji kau..
janji yang kau akan setia dan jujur dengan aku,
akan berkongsi segala masalah
susah atau senang...
semua janji-janji kau masih berlegar dalam hati dan ingatanku.

Apa salahku padamu?
Aku tidak pernah mencurangi kamu.
Aku xpernah ingin menyakiti kamu,
Aku tak pernah melupakan kamu.
tapi................................
Apa salah ku?
Apa khilafku??
Apa kekuranganku??

Berpuluh kali kawan-kawan menyarankan untuk aku berpisah denganmu.
Tapi, aku dengan kuat menolak saranan itu,
Aku yakin kau yang aku sayang dan cinta,
Aku marah semua orang yang memburukkanmu,
Berkata negatif tentang dirimu,
Aku kehilangan seorang kawan yang sangat menjaga hati aku,
demi mempertahankan kau
Tapi,
Apa yang kau lakukan untuk aku??
TIADA................

Aku nak tengok satu wall post yang kau kirim kat aku.
"I LOVE YOU BABY"
kat fb tuh.
sbg bukti yang kau berani. 
dan kau tidak mencurangi aku.
Tapi, aku tahu kau takkan berani untuk itu,

Okay, Aku akan cuba bersabar lagi,
sabar dan terus bersabar,
Tiba satu tahap, 
Walau sayang macam mana pun aku terhadap mu,
Aku terpaksa juga untuk meninggalkan mu.
Kenapa?
Kerna kau x pernah memerlukan aku dalam hidup kau.'

Lebih baik aku pergi,
Membuka lembaran baru,

Mungkin silap aku kerna terlalu menyayangimu.
Sehingga kau mempersiakan aku
Tapi..............
sedarlah sayang.......
KARMA ITU WUJUD.
what goes around, it comes around.

"TERIMA KASIH KERANA MELUKAKAN HATI INI SEKALI LAGI"

Read more...

Rahsia Hati ZuraEzora buat Shahrul Azaddin

 Isnin, April 23

Andai shah tahu..
Apabila ze jatuh cinta.
shah tidak semestinya punya segalanya,
tetapi shah adalah segalanya di hati ze.

Andai shah tahu..
Apabila ze mengalirkan air mata,
itu tak bermakna ze lemah,
tetapi ze sedang mencari kekuatan.
untuk terus bersama dan mencintai diri shah.

Andai shah tahu.
Apabila ze marah,
memang ze takkan mampu mengawal perasaan ze,
tetapi percayalah.
itu bermakna ze sangat ambil berat dan menyayangi shah.
Sebab....
Bagi ze..
semakin banyak halangan dan dugaan yang melanda,
semakin bertambah la perasaan kasih dalam hubungan ze dan shah.

Andai shah tahu,
bila ze cerewet,
ze tak bermaksud nak merimaskan shah,
tetapi ze cuma nak shah cuba memahami ze dengan lebih lagi.

Andai shah tahu
Bila ze cakap yang ze nak shah berubah,
itu bukan bermakna ze tak dapat terima diri shah seadanya,
tetapi ze cuma nak shah jadi lebih baik,
bukan untuk diri ze,
tetapi untuk masa depan shah sendiri.

Andai shah tahu,
Apabila ze cemburu dan tidak percayakan shah
atau punya syak wasangka yang tinggi kat shah,
tak bermakna ze tak sayang shah,
tetapi ze terlalu sayangkan shah dan
ze cuma ingin memberikan perhatian yang lebih kepada shah.
Ze terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
shah akan mengkhianati kepercayaan yang ze beri.
Ze cuma inginkan yang terbaik untuk shah.

Andai shah tahu,
Bila ze merajuk,
bukan ze sengaja ingin mengada-ngada,
Bukan ze ingin dipujuk dengan wang ringgit ataupun hadiah,
tetapi ze hanya inginkan sebuah perhatian
supaya ze rasa yang shah menghargai ze.

Andai shah tahu,
Kata-kata ILOVEYOU dan IMISSYOU yang ze ungkap
itu adalah kata-kata ikhlas dari hati ze.
dan ze sangat memaksudkannya untuk shah.

Andai ze bercerita tentang lelaki lain adalah lebih baik dari shah.
Ze hanya sekadar ingin menguji shah.
Ze hanya ingin melihat sejauh mana
shah akan cuba berubah untuk jadi orang yang lebih baik
di mata ze,.,
walaupun sebenarnya memang shahlah yang terbaik di hati ze,
Selagi shah bersama ze,
Walau apa pun kata-kata negatif rakan-rakan ze katakan,
ze tetap mengaggap shah adalah yang terbaik buat ze,

Andai shah tahu,
Bila ze berkasar dengan shah,
ze tak bermaksud untuk mengasari shah,
tapi ze cuma nak tengok,
sejauh mana shah mampu bersabar dan tahan dengan sikap ze,
Percayalah, Ze sangat menyayngi shah.

Andai shah tahu,
Bila ze kata " PLEASE LEAVE ME ALONE !!"
ze tak bermaksud menyuruh shah pergi,
tetapi ze hanya ingin tenangkan hati dan fikiran.
Ze akan cuba menerima segalanya dengan positif
kemudian ze pasti akan mencari shah semula.
Ini kerana Ze sangat sayangkan shah.
Mungkin ze terlalu sensitif dan emosional,
tetapi percayalah ze adalah..
orang yang akan sentiasa ada bersama shah..
dalam susah dan senang,
dan menyokong shah untuk mengejar sebuah impian.

Andai shah tahu,
Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan,
Jika ze dan shah saling memahami,
kita akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Di sebalik air mata ze ini,
tersingkap sebuah kekuatan untuk kita berdua.

Andai shah tahu,
ze sangat menghargai hubungan ini,
ze akan cuba mempertahankan segalanya dari goncangan dunia
Kerana ze ada di sini untuk shah.
Hari ini, esok, sekarang dan akan datang.

"ZURAEZORA SANGAT SAYANGKAN SHAHRUL AZADDIN"












Caption : ZE sangat rindukan detik ini bersama shah....
Location : Pavilion Kuala Lumpur

Read more...

Pedih Rasanya Sayang

 Isnin, April 2

B..
Kenapa mesti penipuan yang kau beri.
Berkali-kali Bby dah bagitau.
Bby rela diduakan.
Tapi.....
Satu bby pinta.
Jangan tipu Bby..
Ia terlalu sakit tuk ditelan B.
Bby x sanggup nak hadapi kesakitan tu.
Tapi, kenapa B tetap juga nak menipu.
Bby da cuba wat yang terbaik tuk hubungan ni.
tapi, B xnak hargai.
B....
Kalau bertepuk sebelah tangan
Masakan ia akan berbunyi.
Tolong lah B.

Jujur.
Andai aku hanya persinggahan buat mengisi kekosonganmu.
Katakan sahaja.
Aku rela.......
Walaupun ia sangat menyiksa zahir batin ni.
Aku pasrah.
Aku tahu aku memang xpernah membahagiakanmu.
Kerna aku hanya seorang perempuan biasa.
Yang xpunya apa-apa.
Tak punya harta mahupun paras rupa
Yang aku ada hanya lah hati yang tulus menyintaimu
Namun, tidak guna hati ini jika tak dapat kau hargai.

Aku dapat rasakan perubahanmu
Tapi, aku kuatkan hati, cekalkan jiwa.
Mengatasi pemikiran negatif yang datang bertaut di minda
Tapi, malam ini...

Kau telah memarahi aku hanya kerana satu punca.
Salahkah aku bertanya siapa yang menelefonmu.
Kenapa jawapannya "tertidur"
B.. mungkin aku LURUS, BODOH..
tapi, bukan sehari dua aku gunakan MAXIS ni.
Aku tahu jika call tp x angkat .
atau call sebab kau sedang ON-CALL.
tp, aku x melenting.
Aku tanya dengan baik
Takde niat nak jadi gaduh
Tapi, kenapa mesti aku kena marah.

Kau tahu x,
psychology seseorang dapat membaca fikiran seseorang
pabila sesuatu yang mencurigakan dapat mendatangkan kemarahan.
Itu bermakna kecurigaan atau sangkaan itu memang benar.
Kau belajar segalanya tentang ini
Tapi, kenapa kau lupa semua ni.
Kenapa kau sendiri terjerat dalam permainan psychology kau sendiri.

Aku akui aku sayang kau.
Tapi, aku tak yakin
mampukah aku pertahankan hubungan ni lebih lama
Aku penat menarik, sedangkan kau
hanya berdiri melihat aku.
Aku perlukan kau membantu aku untuk membantuku
Agar kita bersama kecapi keindahannya.

Sayang.
Berkali-kali aku pernah tegaskan padamu
Jujurlah padaku.
Aku tidak akan marah padamu.
Cuma yang aku pinta.
Janganlah engkau menipuku.
Aku kalah dengan suatu penipuan.
Kerna ia makan jauh di sudut hati ini.
Sakitnya tidak nampak di mata.
Tapi hakikatnya............
Ia terlalu pedih......................


Terima kasih sayang kau membuatku begini.
Dimana salahku Jujurlah padaku..
Bincanglah bersama
Agar hubungan ni lebih Indah dan dirahmati Allah S.W..T

Read more...

hakikat yang pelik

 Selasa, Mac 20

Hye. Uol.sowie oke if entry kali ni pelik sikit jdinya.
Ze on gune tab la. Lappy ze rosak.

Oke.lets begin the story.
Oke. First ze syukur ke hadrat Illahi
Sbb ze sekarang da jadi siapa yg ze nak sngat jd
Ze nqk jdi anak yg baik. Yg dgr ckp.
Yg rajin dan yg berbakti kpd parents.
Alhamdulillah...........
Pelik kan?
Ze yg sngt la degil ni
Boleh berubah skelip mata.
act, UOL nak tau x cmne ze ley trpikir utk brubah
Ade 2 sbb.
1. Bila ze rse da tiba mse tuk ze tlg mama jlnkn tggungjwb kt uma
2. Sebab ze nk bersedia tuk jdi lebih baik untuk superman ze.
Tp.. ze ikhlas tuk semuanya.
Andai kata ze xde jdoh pun ngn superman.
Ze yg skrg akn kekal. InsyaAllah

Bnde pelik yg trjdi lg..
Ni brdsrkn pndgn ze la.

Bila kite syg sseorang tuh
Xperlu utk trllu mnghrpkn dia utk ade dgn kite.
Sbb bila kite lupa tntg dia.
Psti dia akn trkenngkn kite.

Knpe ze ckp cmnii
Bia ze je tau..
Just believe ap ze ckp
Coz t uol akn tU kbnran nyer. Oke?

Thats all entry ze kli ni sbb mte ze pun da ngntuk ni
Okeebaaiii.
Assalammualaikum

Read more...

ABOUT YOU AND ME

ABOUT YOU AND ME
Antara Kita Walaupun Pahit, Itu tetap memori kita, Akan kusimpan sejarah semalam. dan ingin ku sentiasa bersamamu Shahrul.

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP