Cinta Antara Dua Insan

Cinta Antara Dua Insan
3rd year anniversary with full of love. untuk kisah sedih hati. click the image.

Pedih Rasanya Sayang

 Isnin, April 2

B..
Kenapa mesti penipuan yang kau beri.
Berkali-kali Bby dah bagitau.
Bby rela diduakan.
Tapi.....
Satu bby pinta.
Jangan tipu Bby..
Ia terlalu sakit tuk ditelan B.
Bby x sanggup nak hadapi kesakitan tu.
Tapi, kenapa B tetap juga nak menipu.
Bby da cuba wat yang terbaik tuk hubungan ni.
tapi, B xnak hargai.
B....
Kalau bertepuk sebelah tangan
Masakan ia akan berbunyi.
Tolong lah B.

Jujur.
Andai aku hanya persinggahan buat mengisi kekosonganmu.
Katakan sahaja.
Aku rela.......
Walaupun ia sangat menyiksa zahir batin ni.
Aku pasrah.
Aku tahu aku memang xpernah membahagiakanmu.
Kerna aku hanya seorang perempuan biasa.
Yang xpunya apa-apa.
Tak punya harta mahupun paras rupa
Yang aku ada hanya lah hati yang tulus menyintaimu
Namun, tidak guna hati ini jika tak dapat kau hargai.

Aku dapat rasakan perubahanmu
Tapi, aku kuatkan hati, cekalkan jiwa.
Mengatasi pemikiran negatif yang datang bertaut di minda
Tapi, malam ini...

Kau telah memarahi aku hanya kerana satu punca.
Salahkah aku bertanya siapa yang menelefonmu.
Kenapa jawapannya "tertidur"
B.. mungkin aku LURUS, BODOH..
tapi, bukan sehari dua aku gunakan MAXIS ni.
Aku tahu jika call tp x angkat .
atau call sebab kau sedang ON-CALL.
tp, aku x melenting.
Aku tanya dengan baik
Takde niat nak jadi gaduh
Tapi, kenapa mesti aku kena marah.

Kau tahu x,
psychology seseorang dapat membaca fikiran seseorang
pabila sesuatu yang mencurigakan dapat mendatangkan kemarahan.
Itu bermakna kecurigaan atau sangkaan itu memang benar.
Kau belajar segalanya tentang ini
Tapi, kenapa kau lupa semua ni.
Kenapa kau sendiri terjerat dalam permainan psychology kau sendiri.

Aku akui aku sayang kau.
Tapi, aku tak yakin
mampukah aku pertahankan hubungan ni lebih lama
Aku penat menarik, sedangkan kau
hanya berdiri melihat aku.
Aku perlukan kau membantu aku untuk membantuku
Agar kita bersama kecapi keindahannya.

Sayang.
Berkali-kali aku pernah tegaskan padamu
Jujurlah padaku.
Aku tidak akan marah padamu.
Cuma yang aku pinta.
Janganlah engkau menipuku.
Aku kalah dengan suatu penipuan.
Kerna ia makan jauh di sudut hati ini.
Sakitnya tidak nampak di mata.
Tapi hakikatnya............
Ia terlalu pedih......................


Terima kasih sayang kau membuatku begini.
Dimana salahku Jujurlah padaku..
Bincanglah bersama
Agar hubungan ni lebih Indah dan dirahmati Allah S.W..T

0 comments:

Catat Ulasan

comment here

ABOUT YOU AND ME

ABOUT YOU AND ME
Antara Kita Walaupun Pahit, Itu tetap memori kita, Akan kusimpan sejarah semalam. dan ingin ku sentiasa bersamamu Shahrul.

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP