Cinta Antara Dua Insan

Cinta Antara Dua Insan
3rd year anniversary with full of love. untuk kisah sedih hati. click the image.

Rahsia Hati ZuraEzora buat Shahrul Azaddin

 Isnin, April 23

Andai shah tahu..
Apabila ze jatuh cinta.
shah tidak semestinya punya segalanya,
tetapi shah adalah segalanya di hati ze.

Andai shah tahu..
Apabila ze mengalirkan air mata,
itu tak bermakna ze lemah,
tetapi ze sedang mencari kekuatan.
untuk terus bersama dan mencintai diri shah.

Andai shah tahu.
Apabila ze marah,
memang ze takkan mampu mengawal perasaan ze,
tetapi percayalah.
itu bermakna ze sangat ambil berat dan menyayangi shah.
Sebab....
Bagi ze..
semakin banyak halangan dan dugaan yang melanda,
semakin bertambah la perasaan kasih dalam hubungan ze dan shah.

Andai shah tahu,
bila ze cerewet,
ze tak bermaksud nak merimaskan shah,
tetapi ze cuma nak shah cuba memahami ze dengan lebih lagi.

Andai shah tahu
Bila ze cakap yang ze nak shah berubah,
itu bukan bermakna ze tak dapat terima diri shah seadanya,
tetapi ze cuma nak shah jadi lebih baik,
bukan untuk diri ze,
tetapi untuk masa depan shah sendiri.

Andai shah tahu,
Apabila ze cemburu dan tidak percayakan shah
atau punya syak wasangka yang tinggi kat shah,
tak bermakna ze tak sayang shah,
tetapi ze terlalu sayangkan shah dan
ze cuma ingin memberikan perhatian yang lebih kepada shah.
Ze terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
shah akan mengkhianati kepercayaan yang ze beri.
Ze cuma inginkan yang terbaik untuk shah.

Andai shah tahu,
Bila ze merajuk,
bukan ze sengaja ingin mengada-ngada,
Bukan ze ingin dipujuk dengan wang ringgit ataupun hadiah,
tetapi ze hanya inginkan sebuah perhatian
supaya ze rasa yang shah menghargai ze.

Andai shah tahu,
Kata-kata ILOVEYOU dan IMISSYOU yang ze ungkap
itu adalah kata-kata ikhlas dari hati ze.
dan ze sangat memaksudkannya untuk shah.

Andai ze bercerita tentang lelaki lain adalah lebih baik dari shah.
Ze hanya sekadar ingin menguji shah.
Ze hanya ingin melihat sejauh mana
shah akan cuba berubah untuk jadi orang yang lebih baik
di mata ze,.,
walaupun sebenarnya memang shahlah yang terbaik di hati ze,
Selagi shah bersama ze,
Walau apa pun kata-kata negatif rakan-rakan ze katakan,
ze tetap mengaggap shah adalah yang terbaik buat ze,

Andai shah tahu,
Bila ze berkasar dengan shah,
ze tak bermaksud untuk mengasari shah,
tapi ze cuma nak tengok,
sejauh mana shah mampu bersabar dan tahan dengan sikap ze,
Percayalah, Ze sangat menyayngi shah.

Andai shah tahu,
Bila ze kata " PLEASE LEAVE ME ALONE !!"
ze tak bermaksud menyuruh shah pergi,
tetapi ze hanya ingin tenangkan hati dan fikiran.
Ze akan cuba menerima segalanya dengan positif
kemudian ze pasti akan mencari shah semula.
Ini kerana Ze sangat sayangkan shah.
Mungkin ze terlalu sensitif dan emosional,
tetapi percayalah ze adalah..
orang yang akan sentiasa ada bersama shah..
dalam susah dan senang,
dan menyokong shah untuk mengejar sebuah impian.

Andai shah tahu,
Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan,
Jika ze dan shah saling memahami,
kita akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Di sebalik air mata ze ini,
tersingkap sebuah kekuatan untuk kita berdua.

Andai shah tahu,
ze sangat menghargai hubungan ini,
ze akan cuba mempertahankan segalanya dari goncangan dunia
Kerana ze ada di sini untuk shah.
Hari ini, esok, sekarang dan akan datang.

"ZURAEZORA SANGAT SAYANGKAN SHAHRUL AZADDIN"












Caption : ZE sangat rindukan detik ini bersama shah....
Location : Pavilion Kuala Lumpur

Read more...

Pedih Rasanya Sayang

 Isnin, April 2

B..
Kenapa mesti penipuan yang kau beri.
Berkali-kali Bby dah bagitau.
Bby rela diduakan.
Tapi.....
Satu bby pinta.
Jangan tipu Bby..
Ia terlalu sakit tuk ditelan B.
Bby x sanggup nak hadapi kesakitan tu.
Tapi, kenapa B tetap juga nak menipu.
Bby da cuba wat yang terbaik tuk hubungan ni.
tapi, B xnak hargai.
B....
Kalau bertepuk sebelah tangan
Masakan ia akan berbunyi.
Tolong lah B.

Jujur.
Andai aku hanya persinggahan buat mengisi kekosonganmu.
Katakan sahaja.
Aku rela.......
Walaupun ia sangat menyiksa zahir batin ni.
Aku pasrah.
Aku tahu aku memang xpernah membahagiakanmu.
Kerna aku hanya seorang perempuan biasa.
Yang xpunya apa-apa.
Tak punya harta mahupun paras rupa
Yang aku ada hanya lah hati yang tulus menyintaimu
Namun, tidak guna hati ini jika tak dapat kau hargai.

Aku dapat rasakan perubahanmu
Tapi, aku kuatkan hati, cekalkan jiwa.
Mengatasi pemikiran negatif yang datang bertaut di minda
Tapi, malam ini...

Kau telah memarahi aku hanya kerana satu punca.
Salahkah aku bertanya siapa yang menelefonmu.
Kenapa jawapannya "tertidur"
B.. mungkin aku LURUS, BODOH..
tapi, bukan sehari dua aku gunakan MAXIS ni.
Aku tahu jika call tp x angkat .
atau call sebab kau sedang ON-CALL.
tp, aku x melenting.
Aku tanya dengan baik
Takde niat nak jadi gaduh
Tapi, kenapa mesti aku kena marah.

Kau tahu x,
psychology seseorang dapat membaca fikiran seseorang
pabila sesuatu yang mencurigakan dapat mendatangkan kemarahan.
Itu bermakna kecurigaan atau sangkaan itu memang benar.
Kau belajar segalanya tentang ini
Tapi, kenapa kau lupa semua ni.
Kenapa kau sendiri terjerat dalam permainan psychology kau sendiri.

Aku akui aku sayang kau.
Tapi, aku tak yakin
mampukah aku pertahankan hubungan ni lebih lama
Aku penat menarik, sedangkan kau
hanya berdiri melihat aku.
Aku perlukan kau membantu aku untuk membantuku
Agar kita bersama kecapi keindahannya.

Sayang.
Berkali-kali aku pernah tegaskan padamu
Jujurlah padaku.
Aku tidak akan marah padamu.
Cuma yang aku pinta.
Janganlah engkau menipuku.
Aku kalah dengan suatu penipuan.
Kerna ia makan jauh di sudut hati ini.
Sakitnya tidak nampak di mata.
Tapi hakikatnya............
Ia terlalu pedih......................


Terima kasih sayang kau membuatku begini.
Dimana salahku Jujurlah padaku..
Bincanglah bersama
Agar hubungan ni lebih Indah dan dirahmati Allah S.W..T

Read more...

hakikat yang pelik

 Selasa, Mac 20

Hye. Uol.sowie oke if entry kali ni pelik sikit jdinya.
Ze on gune tab la. Lappy ze rosak.

Oke.lets begin the story.
Oke. First ze syukur ke hadrat Illahi
Sbb ze sekarang da jadi siapa yg ze nak sngat jd
Ze nqk jdi anak yg baik. Yg dgr ckp.
Yg rajin dan yg berbakti kpd parents.
Alhamdulillah...........
Pelik kan?
Ze yg sngt la degil ni
Boleh berubah skelip mata.
act, UOL nak tau x cmne ze ley trpikir utk brubah
Ade 2 sbb.
1. Bila ze rse da tiba mse tuk ze tlg mama jlnkn tggungjwb kt uma
2. Sebab ze nk bersedia tuk jdi lebih baik untuk superman ze.
Tp.. ze ikhlas tuk semuanya.
Andai kata ze xde jdoh pun ngn superman.
Ze yg skrg akn kekal. InsyaAllah

Bnde pelik yg trjdi lg..
Ni brdsrkn pndgn ze la.

Bila kite syg sseorang tuh
Xperlu utk trllu mnghrpkn dia utk ade dgn kite.
Sbb bila kite lupa tntg dia.
Psti dia akn trkenngkn kite.

Knpe ze ckp cmnii
Bia ze je tau..
Just believe ap ze ckp
Coz t uol akn tU kbnran nyer. Oke?

Thats all entry ze kli ni sbb mte ze pun da ngntuk ni
Okeebaaiii.
Assalammualaikum

Read more...

MALAM INI KU SENDIRI

 Khamis, Mac 15

Hahahaa...
Malam ni girfren [zE] xde kat umah.
Dia balik JB.
hmm.. sunyilah [zE] malam ni.
Tak de kawan nak berbual.
Lappy pulak rosak.
hmmm..
Superman mesti bz.
Maklum lah, dia penat training
[zE] kena cuba paham dia.
Even [zE] rasa sunyi sangat tanpa dia.
kadang-kadang [zE] rasa macam nak text ngan orang lain
Tapi [zE] kuatkan hati
[zE] xnak ulang kesilapan lalu.

Malam ni apa nak buat?
Nak study, sekarang cuti sem.
Mana ada benda nak study..
Nak kua,
xde kawan.
Apa mahu buat?
Harap-2 xde la apa gangguan kat bilik tu bila
bersendirian.....

hehhee :)
Apa nak buat??
Nasib badan..
[zE] xdapat nak ikut balik JB sebab sabtu ahad ni keje
Nak cari duit nak beli Blackberry idaman aku
Demi BLACKBERRY.
[zE]sanggup membanting tulang 4 kerat
mengerah keringat..
huk huk huk...

[zE] bukan nya gila kan BLACKBERRY yang mahal beribu
Cukup la dapat Bold 1.
hehehe.. :)


Read more...

I'M SORRY

 Rabu, Mac 14



Beb...
Sowie sangat.
Aku bukan kejam nak tolak perasaan kau pada aku.
Tapi, kau tahu kan aku jenis macam mana.
Aku kalau da sayang seseorang tu,
Hanya dia yang aku sayang sampai orang tuh buang aku dalam hidup dia.
Kau tahu aku jenis cam mana kan.
Tapi kenapa kau buat cam ni.
aku xnak hubungan persahabatan kita hancur sebab benda ni.

Mungkin zaman sekolah dulu
Aku pernah suka kau.
Tapi, tuh masa kita budak2.
Aku x matang masa tu
Sekarang semuanya dah berbeza
Dah ada seseorang dalam hati aku.

Aku xsangka kau telefon aku ber-jam2.
Kau topapkan aku.
Aku fikir kau anggap aku kawan
Tapi, x sangka kau luahkan perasaan kau kat aku
Maaf.. aku letak fon kau.
Aku takut. Aku xsuka perasaan bersalah macam tu.
Kau marah aku. Kau kasar dengan aku. Aku kasar dengan kau
Tapi kenapa semuanya jadi camni.

Kau suruh aku carikkan kau awek.
Kau nak yang baik.
Aku cakap InsyaALLAH.
Aku akan cuba carikkan yang baik.
Xcarik yang macam aku.
Aku kan jahat. Suka memaki hamun.
Tapi kau cakap aku nak yang baik-2 cam kau.
Aku nak yang baek-2 cam kau.

Kenapa kau cakap macam tu?
Kenapa kau psycho aku sampai cm tu?

Kenapa kau minta no fon superman aku?
Kenapa kau nak cakap ngan dia yang kau sayang aku.
Mustahil untuk aku bagi kat kau
Itu bukan bukti kau sayang aku
Kalau betul kau sayang aku
Kau akan biar aku bahagia dengan orang yang aku sayang
Kau takkan cuba untuk pisahkan aku ngan superman aku.

Jalau kau betul ikhlas ngan aku.
Kau akan buat seperti seorang lagi orang yang sayang aku ni
Dia tahu aku sayang sangat kat superman aku.
So, dia tetap akan sokong aku
As long aku hepi dengan superman aku,
dia akan tumpang happy.
Dia sayang aku dan nak tengok aku selalu hepi.
Tapi, kalau dia tahu superman ni melukai hati aku.
Dia akan ade untuk buat aku happy.

Aku mungkin sayang korang
Tapi xlebih dr seorang kawan..
Aku hanya cinta kan my only superman.
No One else.
Maaf kalau aku menyakiti hati kau dan engkau.
Tapi, aku xnak buat kesilapan lalu.
Kerana tamak,
Aku kehilangan orang yang sangat ikhlas dan tulus menyintai aku.

Aku tahu kalau Superman xikhlas ngan aku.
Korang akan said "PADAN MUKA" kat aku.
Tapi, aku pasrah.
sebab itu memang salah aku.
Biar lah aku tanggung semua itu.
Tapi, aku mohon dan merayu kat korang,
Tolong jangan buat sesuatu di luar jangkaan
sebab aku xnak kehilangan superman aku.

Kalau korang ikhlas dan jujur sayang dan cinta aku.
Kau orang redha tuk kehilangan aku
demi melihat aku bahagia
Betul kan?
So, please!!
Paham aku sebagai seorang perempuan.
Banyak lagi perempuan kat luar sana yang ada untuk korang
Korang bukan nya jahat.
Korang baik
Aku pasti ada yang akan sayang korang seadanya.
Lebih dr sayang korang kat aku.
InsyaALLAH. Aku doakan korang bahagia oke.
Sentiasa.

Ko cakap kau xkan ganggu aku lepas ni.
Sebenarnya, aku tak nak kehilangan seoraang kawan yang baik
Tapi, kalau itu yang kau pilih dan ingin.
Go on. aku xdapat nak halang kau.
Sebab aku bukan Tuhan tuk judge orang
Aku bukan sesiapa untuk paksa kau.
Cuma Tuhan je tahu isi hati aku.

Betapa aku rasa bersalah kat korang.
Aku x berniat langsung untuk buat korang jatuh hati pada aku.
Aku sendiri tak tahu apa yang korang nampak ada pada aku.
Aku cuma perempuan biasa.
Aku xpernah jaga hati korang bila berkata-kata
Aku selalu marah korang
Aku selalu maki korang
Tapi kenapa aku yang korang sayang??





Maafkan aku sekali lagi sebab
tidak dapat terima korang untuk hadir dalam hati aku
Bukan sebab aku kejam terhadap korang
Tapi sebab aku dah jatuh cinta
Hanya mencintai superman aku yang bernama
Shahrul Azaddin bin Auskarzie.

Read more...

Indahnya CINTA mereka


Hari ni [zE] dengar cerita dr seorang kawan

Wow.. betapa indahnya cerita cinta dua remaja ini.
Seorang lelaki berumur 19 tahun dan tunangnya.
Begitu indah bercinta apabila uol sedar erti islam.

Selama 3 tahun menyulam cinta.
Si lelaki langsung tidak pernah menyentuh si gadis even di tapak tangan
Si lelaki sangat menghormati si gadis.
Hey lelaki. U tahu tak yg u ni sangat bagus. sweet sangat.

Si gadis pula sangat memahami dan supportive.
Even pelbagai kata-kata negatif atau dugaan yang datang
Si gadis masih percaya dan sentiasa ada di belakang si lelaki
Baginya, dia tahu dan kenal siapa si lelaki.
Si gadis berfikir secara matang dan rasional.
Menyebabkan si lelaki semakin bertambah sayang kepada si gadis.

Si gadis juga tidak cepat melenting.
Even si lelaki bergambar berpegangan dengan gadis lain.
Kerana dia tahu, si lelaki hanya sayang kepadanya
dan ikhlas menyintainya.

Mereka bercinta sudah lama.
Tetapi sebulan hanya sekali dua sahaja berjumpa dan
kadangkala langsung tidak bertemu sua.
Hanya melepaskan rindu melalui panggilan telefon,
melalui pesan ringkas dan melalui skype dan facebook.

Hey korang berdua.
[zE] cemburu sangat dengan cinta korang.
[zE] nak jadikan korang sbgai model
utk [zE] mencintai superman [zE] ni bole??
u both love is most wonderful love that i heard..

#[zE] nak cuba jadi si gadis yang memahami si lelaki.
Tidak cepat melenting dan sentiasa bersikap positif..
Uol tolong doakan untuk [zE] supaya mampu untuk jadi seperti mereka ya.


Read more...

PENGORBANAN SEORANG ABANG


Entry kali ni [zE] nak story pasal kawan [zE] nyer life.

Story dia betul-2 buad [zE] nyer hearts tersentuh.
Dia seorang Abang sulong kepada 3 oranga dik yang masih bersekolah
Act, this guy [zE] kenal mse camping zaman sekolah.
Then, meet balik kat Facebook..
Bg [zE] dia nieh sangat tabah la..
Dia act anak yatim piatu.
Kehilangan his mum 5 years ago sebab cancer and
jan lepas kehilangan his dad pulak sebab kencing manis.
But I think he sangat kuat sebab dia move on hidup dia
dengan membanting tulang 4 kerat dia demi bg kesempurnaan buat
3 adik-2 dia..
Semuanya masih bersekolah..

Hmm....
But luckily family dia ada tinggalkan sikit duit belanja.
so, dia still ley tampung hidup dia.
Dia nak adik dia berjaya..
so, dia letak semua afford dia tuk adik-2 dia.
n nasib jugak adik2 dia pun paham keadaan diaorang.
dan always tolong menolong.
Alhamdulillah...


Read more...

ABOUT YOU AND ME

ABOUT YOU AND ME
Antara Kita Walaupun Pahit, Itu tetap memori kita, Akan kusimpan sejarah semalam. dan ingin ku sentiasa bersamamu Shahrul.

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP