Cinta Antara Dua Insan

Cinta Antara Dua Insan
3rd year anniversary with full of love. untuk kisah sedih hati. click the image.

Harapan, Berharap dan Diharapkan

 Rabu, Mac 13

Harapan..............
Apa yang dikatakan dengan harapan??
Memang mudah untuk memberik harapan..
Semua harapan hanya di bibir..
Tapi.. adakah harapan itu benar yang terungkap dari hati?
Ikhlaskah kamu untuk menjadikan harapan yang kau tabur itu sebagai kenyataan.?
Harapan itu lah yang sering membuat aku kecewa.
Harapan itu juga yang membuat kita kuat untuk meneruskan segala perjuangan.
Tapi sampai bila harapan itu akan menjadi harapan dalam hati??
Adakah harapan itu akan kekal di dalam hati ini walau sering dikecewakan?
Adakah aku akan cekal walau di beri segunung harapan dan harapan itu berakhir dengan kekecewaan?
Kadang-kadang aku dah berputus harap..
Tapi setiap kali aku sudah bersedia,
Kau kembali memberi harapan yang baru.
Aku terlalu sayang kan kau.
Hinggakan aku musnahkan harapan aku sendiri..

Berharap............................
Salah kah kita jika selalu berharap dengan apa yang diperkatakan?
Berharap untuk sesuatu yang diingini... Salahkah itu??
Perlukah aku berhenti berharap untuk segalanya?
Perlukah aku berharap untuk sesuatu yang belum pasti akhirnya?
Bagaimana sebuah cinta tanpa kedua-duanya berharap untuk menjadi yang lebih baik?
Salah kah aku berharap kepada cinta mu?
Salahkah semua itu?
Kadang-kadang berharap ini memberi kita satu kekuatan.
Kadang-kadang berharap ini memberi kita satu kepercayaan.
Kadang-kadang berharap ini buat kita lebih kesabaran untuk menghadapi luka.
Tapi setiap kali aku berharap dan segalanya punah.
Hati ini.. hati ini terlalu sakit.
Kau cipta luka setiap kali itu.....

Diharapkan...................
Kenapa semua yang diharapkan tidak menjadi seperti yang digambarkan?
Mengapa yang diharapkan selalu hitam tak seperti yang diduga?
Mengapa engkau tak mampu untuk berubah seperti yang diharapkan?
Kenapa? Salahkah aku untuk semua kesilapan ini??
Perlu kah aku campak kan segala keinginan aku??
Adakah semua ini dugaan pabila cinta yang diimpikan indah tidak seperti yang diharapkan??
Adakah semua cinta memang tak pernah indah seperti yang diharapkan?\
Adakah yang diharapkan itu terlalu sukar untuk dicapai?
tinggi sangat kah permintaan yang aku harapkan dari engkau sayang?
Apa yang diharap aku cuma kesetiaan. kejujuran, kasih sayang...
Aku harapkan kau buktikan segalanya pada aku jika benar segala yang kau katakan.
Aku tak harapkan ungkapan palsu di bibir.
Apa yang diharapkan luahan kata dr bibir yang ditafsirkan oleh hati.
Cinta yang satu yang kuharapkan dari kamu.
Hanya itu..................



Read more...

Stop Pushing Him ZURA. Give him some SPACE

 Ahad, Mac 10

Awak....

Saya minta maaf...
Saya takde niat nak push awak...
Saya takde niat nak paksa awak macam ni.
Tapi....

Inilah sikap awak yang saya damba.
dan saya cuma nak benda ni kekal macam ni..
Saya nak awak berubah, saya tak nak awak ade perempuan lain..
sebab saya tak sanggup berkongsi kasih awak dengan sesiapa.
Saya nak sangat awak jadi hak saya,
Tapi saya juga sedar..
Cinta adalah melihat orang yang kita cintai bahagia, gembira dan sentiasa mengukir senyuman.
So, I am deciding to stop from pushing u coz I wanna u to have a happiness

I do this because of only one thing..
Even though i hurted my self, but as long as I can make u smile.
I will do anything that I'd ever do for you.
Always.. and always there to be with you.
anytime when u need me..
i will always there beside u.
hugging u. 

When the time of world look u down, 
I will be there to take you back in the place you are.
Even though, in that moment..
I will need to make a big sacrificed
that will need me to change your happiness with my soul..
I promised!! I will..

Percayalah sayang...
sumpah,janji,,kasih sayang dan cintaku hanya untukmu,
hanya engkau yang aku damba, 
hanya engkau yang aku kasihi..
hanya engkau yang aku sangat cintai...
dan aku tetap dengan hatiku untuk terus bersamamu
Walaupun luka yang kau hadiahkan buatku.
Aku tetap akan berdiri dan bangkit untuk terus menyokongmu
memapahmu untuk terus bangun dan berdiri gah seperti hari ini.

Sayang... 
andai kata aku pergi dari pandanganmu..
Ini bukan kerana aku yang menginginkannya.
tapi ini adalah kerana engkau yang memintanya.

Sayang...
Andai kata cinta ini milik kita.
Sehebat mana dugaan yang melanda.
Aku akan tetap mampu bertahan dan berdiri di sisimu.

Sayang...
Andai cinta kita hanya untuk seketika..
Izinkan aku terus simpan nama, wajah dan memori ini bersamaku.
Kerana aku tidak mahu hilang kamu dr ingatanku

Sayang....
Andai jodoh itu memang milik kita.,
Ku ingin kau tahu Akulah wanita yang paling bahagia mengecapinya.
Kerna kaulah insan yang amat ku dambakan sepanjang hayatku.

Sayang.......
Andai hidup kita tidak panjang...
Ingin sekali aku hidup bersamamu di masa akan datang..
Walau hanya untuk seketika...

Sayang....
Andai kau tahu.,.
hanya satu yang bertakhta dihatiku..
Lelaki yang amat kubutuhkan didalam hidupku..
Dialah Shahrul Azaddin Auskarzie idamanku yang satu.





Read more...

Second Year with SAA

 Rabu, Mac 6

hey heart..

lama kan ze tak conteng kat wall heart story ze ni.
Today, xnak la conteng sad2 nye story.
Nak story happy2 jea.

Ze hepi sangat lately.
tau knpe tak heart?
coz he's changed a lot..
dia skrg sllu tunjuk yg dy syg kat ze.
SHAHRUL AZADDIN AUSKARZIE...........
awak tahu tak,
sejak tahun 2013 menjelma,
awak telah membuatkan hari-hari sy yg penuh airmata menjadi gelak ketawa.
saya sayang awak.............................

BUT.... (hah ade but taww).................
sebenarnya ze wondering apa punca yang buat dia berubah?
mungkin kah sebab surat yang awak jumpa tu?
atau sebab lain?
hmmm........................

Harapan...................................
Ze nak SAA ze kekal terus macam ni...
Sabar, ceria, penyayang, Caring...................
SAA.. Kalau lah awak tahu....
Awak dah buat saya rasa dihargai sangat...............

CUMA............................................
Ze tak tahu kenapa kan heart story..
ze tak ley lupa "skandalicious" dia ngan SyazwaniMustar tu.
That because masa dia skandalicious ngan that girl.
Dia buang ze jauh.
dia buat ze terasing
dia buat ze betul-betul kecewa dan terluka.
that moment kan heart story,
the text from both of them yg ze bace,
it seriously kills me inside.

AND.....................
this year 2013.........
olympic 2016...............
there are 3 years more for us ....
heart rasa, mampu ke relay we all ni smpai ke jinjang pelamin?
kekal ke hingga ke akhir hayat?

ACTUALLY............................
ze takut la heart................
3 tahun tu lama kan.
macam2 boleh jadi....
Ze act da ready tuk susah senang dengan dia..
tp.... ze rasa dia x ready lg la heart.........

IN SAME TIME.............................
Ze takut bile makin lama relay ni..
hujung-hujung terputus kat tengah jalan...
masa tu umur ze maybe lebih kurang\ 23 to 24.
ze da la sekali terluka, sukar tuk pulih....
mybe ze jadi andartu kut heart??
ohmaiii... ze harap jgn la heart....
ze nak ada baby comel-comel.
bumbum-bumbum..................

SHAHRUL AZADDIN...................
Awak tahu.....
setahun bersama awak sepanjang tahun 2012,
sekali pun saya tak pernah lelah atau jemu..
sedikit pun rasa cinta saya tak pernah pudar untuk awak.
Walaupun hati saya berkali-kali awak lukai
sepanjang detik tu.
Heart....
Ze harap...
kalau SAA pilih gadis lain selain ze satu hari nanti...
ze harap gadis tu bole jaga SAA lebih dr ze.
sbb ze xkan boleh tengok SAA sedih,

ZE JANJI PADA SAA.................
even kita takde jodoh..
selagi Ze tak jadi isteri lelaki lain yang sah....
ze akan tetap simpan cinta ze pada saa.
sampai ke hujung nafas ze..
Heart Story saksi janji ze.

;OKAYYLAAAHHH HEART...
Ze da ngantok ni...
ze sleep dulu okayy........................
goodnite heart....
goodnite SAA.....
goodnite myself...
<3 div="">

Read more...

Aku tetap SETIA pada dia.

 Rabu, Mei 2

Okay.
kali ni aku memang di uji kesetiaan aku oleh Allah S.W.T
Dalam masa 1 hari,
2 orang meluahkan perasaan sayang dia pada aku,
Keduanya tahu perangai sebenar aku,
Watak aku.
Memang kenali keperibadian aku.
Mereka pun tau aku tidak single.
Tapi,
Alhamdulillah.
Even aku sayang diaorang sebab mereka rapat sngat ngn aku.
Tapi
Aku x tewas dalam memperjuangkan kesetiaan aku

Aku cuma harap kesetiaan aku ni tak kan disia-siakan
Selepas apa yang aku korbankan untuk dia..
Berharap sangat

Tapi kan,
Kata-kata luahan hati korang berdua smalam
kiut gila.
sweet doe,
Kalau hati tak kuat,,
Boleh tercaairr ouhh
Tapi,, Hati masih kuat, iman masih mantap..
Segalanya masih untuk Shahrul Azaddin..

InsyaALLAH..

Read more...

Aku semakin Hilang diri aku sendiri.

 Ahad, April 29

Mungkin betul kata orang,
Semakin banyak kita simpan dalam hati,
Kita semakin hilang punca dan kebaikan dalam hati,
Aku semakin hilang rasa keikhlasan,.

Macam apa yang Kakk cakap,
Zura,.
husband akak tu sebelum kawin dah banyak kali kantoi de pmpuan lain
Disebabkan sayang,
Akak sentiasa sabar dan mengalah,
Tapi, sampai bila...
sampai bila nak terus mengalah,
Akak fikir lepas kawin dia akan berubah.
Tapi ternyata, buaya tetap buaya
Akak bukan nak suruh zura pergi dari boyfren zura,
tapi..
berhati-hati
Akak xnak zura rasa apa akak rasa.
Ia terlalu sakit zura,
Akak hilang diri sendiri,
Sekarang ni, akaq da takde hati.
Tawar suda perasaan sayang, cinta dan kasih ..
Husband akak minta maaf air mata darah sekalipun,
Sikit pun hati akak tak tersentuh,
Dia yang wat akak jadi sekejam itu.

Zura.
Kekuatan seorang perempuan mmang dari kesabarannya,
Tapi kekuatan seorang lelaki memperbodohkan perempuan yang sabar,
Sekarang...
Zura kena bangun,
BERDIRI..
Dia bodoh kalau kehilangan zura,
Zura pulak takkan rugi pape,
sebab.. zura berpendidikan tinggi,.
Zura cantik
Zura perfect sayang..
u deserved to have better than him.
Dia akan menyesal hilang zura satu hari nnti kalau dia terus macam ni,
Dia akan sedar yang semua perempuan yang mendekati nya,
tidak seikhlas zura,
tapi hanya menginginkan sesuatu darinya.
Dia akan menyesal teramat bila kehilangan zura.
orang yang terima seadanya diri dia,
Sanggup berkorban segalanya untuk dia,.
Kesetiaan, Hati dan masa untuk dia.
Bila tiba waktu itu,
dia hanya mampu bersedih dan apa yang telah pergi takkan berulang kembali

Zura..
percayalah...
bila zura kehilangn dia,
Allah akan berikan zura yang lebih baik.
Kerana zura seorang gadis yang baik.
Zura sanggup membuang ego,,
sanggup berubah untuk menjadi lebih baik..
InsyaALLAH.,..

Tak guna zura menangis, menyiksa diri untuk dia.
Masih ramai yang ingin menghargai zura,
Zura mmg kasar,
tapi zura lurus, penyayang dan toleransi,

Lebih baik kehilangan sekarang,
dari kehilangan nanti..
sebab waktu akan datang,
perasaan sakit itu mungkin berubah menjadi benci yang mendalam
mungkin menjadi satu dendam
akak xnak zura jadi macam tu.

FIKIR LA.. renungkanlah,.
berdoa dan beristiqamah la,,
InsyaALLAH.

memang tidak salah memberi peluang,
tetapi bukan pada orang yang tidak reti memanfaatkannya.
Okay zura.,.,

kata-kata seorang kakak - Dedikasi buat aku.
#terima kasih kak.. sayang akak,,.

Read more...

Kesetiaan yang ku beri, penipuan yang ku terima.

 Rabu, April 25

Malam semalam,
Aku tak tahu kenapa mata tak dapat nak lelap.
Aku cuba untuk lelapkan mata,
sebab badan aku memang dah penat.
tapi mungkin Allah nak tunjukkan kebenarannya pada aku.
Aku terlintas untuk on fb.
Okay. Aku on.
Aku nampak Shah Online.
Aku chat ngan dia.
But, dia tak nak langsung reply.
Line sentiasa hijau.
tak hilang-hilang.

then, Neddy..
Fake acc kawan aku.
Chat ngan shah. n dia reply.
peh.. sakit nya hati ni.
Kalau sekadar chat aku tak kisah,
tapi,
Shah tidak mengaku punya kekasih.
Then, shah memanggil neddy sayang.

Ya Allah.
Aku terlalu sakit hati.
Apa yang aku baca rasa macam nak bunuh shah pun ada.
Tapi, kerana sayang,
aku tetap bersabar..

Aku cuba mendengar explanation dia.
Tapi, semua explanationnya semua tak logik,
tapi aku tetap mendiamkan diri.
Aku dulu asalnya bukan aku yang sekarang.
Siapa tak kenal dengan aku.
MaizurahHumairah..
Players perempuan kat JB.
Alasan tuh semua aku dah pernah pakai dulu.
Bila kantoi, aku akan kalis dan cuba menyalahkan kekasih aku
konon nya dia tak mempercayai aku.

Sayang,
Kau tak tahu tentang sejarah silam aku
Kau cuba bermain dengan aku.
Adakah kau inginkan aku tunjukkan kau,
siapa aku dulu,
Perempuan yang pentingkan diri dan tak kan pernah peduli tentang erti KESETIAAN
Adakah itu yang kau mahukan?

Bila aku sedih sekarang ni,
semua orang tahu aku sedih kerana kau,
Mereka mengatakan kau "bodoh"
punya perempuan yang ikhlas dan menghargai kau.
tp kau xnak hargai..
Jangan menyesali kehilangan seorang gadis yang tulus
doa mereka buat kau shah.

Aku akan memaafkan kau kali ini,
Tapi, sekali lagi ia terjadi,
Aku mungkin akan teruskan,
tetapi adakah aku ikhlas,
Itu aku tak yakin.
Aku bukan boneka yang tiada hati dan perasaan.
Hati aku kecewa mungkin yang tak dapat dipulihkan lagi bila kau ulangi lagi kesilapan ini
Aku tetap berdoa agar kau tetap bersamaku dan mengubah dirimu..
InsyaALLAH.
kau akan berubah.
aku yakin kau mampu...

Read more...

HARGAILAH DIRI AKU NI SAYANG

B..

bby dah x tau da nak wat apa untuk hubungan ni.
I already put all my afford supaya hubungan ni indah cam orang lain.
Bby cuba untuk berubah demi b.
Tapi, apa b buat.
B x pedulik sikit pun perasaan Bby.
B tetap ngan ego b.
Bby bukan nak ungkit segalanya, 
sbb apa bby wat ni sume ikhlas dengan hati.
tapi B.
bby ada perasaan jugak.
Bby bukan patung cendana yang hanya melihat segalanya 
tanpa sedikit perasaan pun.
B..
Kalau kau pernah terluka dulu...
Dan kau ingin membalas segalanya,
Bukan pada aku.
Aku x bersalah.

Sayang, 
3 bulan usia hubungan ni.
Ingin sekali aku bertanya?
Atas dasar apakah hubungan ini bagimu?
Aku mungkin baru menggunakan blackberry .
Tapi aku tidakk bodoh untuk terus duduk diam dan dengar apa pun yang kau katakan.
Aku mengkaji apa yang mampu blackberry ini buat.

Yaa.. Blackberry memang xbole apply In relationship for fb, 
tp, blackberry bole approve In relationship yang dibuat.
Buktinya, 
Aku da pun mencuba nya.
Apatah lagi kau ada iphone.
Tolong lah sayang.
Aku merayu kali ni.
Berubah lah.
Untuk diri kau sendiri, untuk aku, dan untuk hubungan kita.

Andai kau tidak punya hati untuk hubungan ni,
Katakan padaku,
jangan kau terus menyiksaku dengan kelakuanmu,
kau membiarkan aku menarik segalanya sendirian,
aku penat B,
aku hampir berputus asa, 
tapi janji kau..
janji yang kau akan setia dan jujur dengan aku,
akan berkongsi segala masalah
susah atau senang...
semua janji-janji kau masih berlegar dalam hati dan ingatanku.

Apa salahku padamu?
Aku tidak pernah mencurangi kamu.
Aku xpernah ingin menyakiti kamu,
Aku tak pernah melupakan kamu.
tapi................................
Apa salah ku?
Apa khilafku??
Apa kekuranganku??

Berpuluh kali kawan-kawan menyarankan untuk aku berpisah denganmu.
Tapi, aku dengan kuat menolak saranan itu,
Aku yakin kau yang aku sayang dan cinta,
Aku marah semua orang yang memburukkanmu,
Berkata negatif tentang dirimu,
Aku kehilangan seorang kawan yang sangat menjaga hati aku,
demi mempertahankan kau
Tapi,
Apa yang kau lakukan untuk aku??
TIADA................

Aku nak tengok satu wall post yang kau kirim kat aku.
"I LOVE YOU BABY"
kat fb tuh.
sbg bukti yang kau berani. 
dan kau tidak mencurangi aku.
Tapi, aku tahu kau takkan berani untuk itu,

Okay, Aku akan cuba bersabar lagi,
sabar dan terus bersabar,
Tiba satu tahap, 
Walau sayang macam mana pun aku terhadap mu,
Aku terpaksa juga untuk meninggalkan mu.
Kenapa?
Kerna kau x pernah memerlukan aku dalam hidup kau.'

Lebih baik aku pergi,
Membuka lembaran baru,

Mungkin silap aku kerna terlalu menyayangimu.
Sehingga kau mempersiakan aku
Tapi..............
sedarlah sayang.......
KARMA ITU WUJUD.
what goes around, it comes around.

"TERIMA KASIH KERANA MELUKAKAN HATI INI SEKALI LAGI"

Read more...

ABOUT YOU AND ME

ABOUT YOU AND ME
Antara Kita Walaupun Pahit, Itu tetap memori kita, Akan kusimpan sejarah semalam. dan ingin ku sentiasa bersamamu Shahrul.

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP